Ella Sumbangkan Sebahagian Hasil Konsert Kepada Tabung Palestin, Warganet Sokong!

Ratu rock, Ella, telah mengumumkan akan menyalurkan sebahagian daripada hasil kutipan konsert beliau di Pulau Pinang pada Sabtu depan, 28 Oktober 2023 kepada rakyat Palestin.

ella sumbangkan sebahagian hasil konsert kepada tabung palestin, warganet sokong!

Menurut pemilik nama sebenar Nor Zila Aminuddin, kekejaman zionos terhadap saudara sesama Islam di bumi Gaza telah menjentik hatinya untuk menghulurkan bantuan.

 

“Kita semua sedia maklum dengan berita sedih yang sedang berlaku di bumi Palestin. Saya amat sedih dengan apa yang sedang terjadi.

“Seperti anda semua, terlalu perit untuk mengenangkan nasib mereka dan saya cuba membantu apa yang terdaya.

“Kami akan salurkan sebahagian daripada hasil jualan tiket konsert kepada tabung Cinta Gaza Malaysia bagi meringankan beban penduduk Gaza,” katanya menerusi perkongsian video dalam Instagram.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by E L L A (@ellaaminuddins)

 

 

Ella, 57, turut berharap penonton di konsert  Konsert Ella Jilid Akhir Puteri Kota Edisi Utara di Pulau Pinang nanti dapat memberi sokongan terhadap rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan penderitaan akibat peperangan dan kekejaman Israel.

ella sumbangkan sebahagian hasil konsert kepada tabung palestin, warganet sokong!

“Saya harap anda semua dapat doakan keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di sana. Dengan rasa rendah diri, kami selaku penganjur sudah bersetuju untuk berkongsi solidariti bersama Palestin.

“Bertemakan Glam Rock Solidariti Palestin, ayuh kita tunjukkan kebersamaan dan kasih sayang buat mereka,” katanya.

 

Rata-rata warganet dilihat memuji tindakan ratu rock negara ini dalam menunjukkan soladiriti terhadap apa yang sedang berlaku ketika ini di bumi Gaza.

ella sumbangkan sebahagian hasil konsert kepada tabung palestin, warganet sokong!

Sumber: Instagram