Elizabeth Tan Mengaku Masih Terima Mesej Tak Senonoh Dari Peminat Meski Sudah Bergelar Isteri Orang

Selebriti popular, Elizabeth Tan berkata dia masih menerima gangguan daripada individu yang tidak dikenali di media sosial walaupun rata-ratanya ramai yang telah mengetahui status terkininya sebagai isteri orang.

elizabeth tan mengaku masih terima mesej tak senonoh dari peminat meski sudah bergelar isteri orang

Menurut pelantun lagu “Narsis” itu, kebanyakan gangguan yang diterima bersifat keterlaluan dan tidak bermoral serta dihantar menerusi Direct Message (DM) di Instagram peribadi miliknya.

“Macam-macam benda yang saya terima. Gambar tidak senonoh pun ada.

“Saya tidak akan layan, sebaliknya hanya gelakkan sahaja. Selagi boleh bersabar, saya cuba untuk tidak mengambil endah.

“Saya hanya akan melenting apabila ada pihak bertindak keterlaluan sehingga menghina kaum atau agama orang lain,” ujarnya.

Bagaimanapun, bintang Abang Long Fadil 3 itu berkata, dia tidak mahu mengambil endah tentang perkara tersebut.

“Selagi perbuatan mereka tidak mengancam keselamatan, saya okey. Namun, itu tidak bermakna mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.

“Setiap orang ada hak bersuara di media sosial. Jika mereka berpendapat saya seksi, itu hak mereka kerana saya tidak rasa begitu,” katanya.


Sumber: Utusan