“Apa Saya Share Adalah Tentang Kerja,” Elisya Sandha Dikecam Tampil Imej Seksi

Aktres, Elisya Sandha baru-baru ini telah menerima kecaman daripada warganet kerana didakwa membuat penampilan yang agak seksi di media sosial miliknya.

 

Perkara itu juga mengundang amarah netizen yang menuduh aktres jelita itu tidak menghormati kesengsaraan yang sedang dialami rakyat Palestin.

 

 

Bagaimanapun pemilik nama sebenar Nur Elisya Sandha Hassan, 24, menegaskan setiap paparan yang dibuatnya di media sosial adalah berkaitan dengan kerja sahaja dan tidak semua kebaikan yang dibuat harus dipaparkan kepada umum.

 

“Semuanya adalah antara saya dan Tuhan. Allah SWT tahu yang terbaik dan itu sudah mencukupi.

“Perlu ke saya menunjuk kebaikan dalam media sosial? Tidak perlu dan saya masih belajar untuk menjadi manusia dan Muslim yang lebih baik,” katanya dalam satu perkongsian InstaStory baru-baru ini.

 

Adik kepada aktres Fasha Sandha itu turut memberi amaran kepda individu yang menyebarkan perkara negatif mengenainya khususnya di media sosial.

 

“Apa sahaja saya muat naik adalah tentang kerja.

“Anda tidak kenal saya secara peribadi. Saya fikir anda perlu berhati-hati dengan setiap kata-kata yang dikeluarkan mengenainya.

“Alhamdulillah untuk semua perkara,” katanya.

 

Terdahulu, Elisya dilihat berkongsi foto dan video yang memaparkan dirinya berpakaian dres merah jambu bagi mempromosikan sebuah jenama jam tangan mewah.

“apa saya share adalah tentang kerja,” elisya sandha dikecam tampil imej seksi

Bagaimanapun pakaian yang dikenakan Elisya telah mencetuskan rasa kurang senang netizen hingga ada yang berasa kecewa dengan perubahan dibuat aktres itu selepas mendirikan rumah tangga.

 

Sebelum ini, kakaknya, Fasha Sandha juga turut menjadi mangsa kecaman netizen apabila dikatakan semakin seksi selepas mempunyai tubuh badan langsing.

fasha sandha nafi lebih seksi lepas turun 18kg, rancang tambah anak tahun depan

Baca: Fasha Sandha Nafi Lebih Seksi Lepas Turun 18kg, Rancang Tambah Anak Tahun Depan

 

Sumber: Instagram