Elaun Barang Make Up Anak Rozita Che Wan RM250 Seminggu [Video]

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta, 51, berkata elaun barangan alat solek untuk anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dinaikkan daripada RM100 kepada RM250 seminggu.

elaun barang make up anak rozita che wan rm250 seminggu [video]

“Kesiannya, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dah RM55. Okay, mommy naikkan dari RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah. Kasihan,” demikian menurut Che Ta dalam satu video dikongsinya menerusi Tiktok.

elaun barang make up anak rozita che wan rm250 seminggu [video]

Menerusi video itu, Aaisyah, 10, dilihat cukup gembira dengan apa yang diperkatakan ibunya kerana dia dapat membeli beberapa alat solek yang diinginkan yang keseluruhannya berharga RM174.

elaun barang make up anak rozita che wan rm250 seminggu [video]

“Thank you (terima kasih), mommy. I love you (saya sayang awak),” ucap Aaisyah pada ibunya.

 

@rozitachewan1 Harap2 video ni tk kena removed oleh tik tok lah ye😬😬😬😬 . Stress kiter! . Hampa masuk kak pora 55 henggit baqu dpt celak besaq en en ja .. . Ni serum cekang jelita kami ni, dh la guna bahan2 premium, serum pertama kt malaysia yg mengguna SEA FENNEL STEAM CELL yg mana bg cekang serta merta & serum ni adalah serum yg menyahkan JERAGAT .. Nk muka lawa menjelang raya , tekan bag kuning laju2‼️ . #cekangjelita #serumviral #byrcw #cekangsampairaya #rcw #rozitachewan #cheta #aaisyahdhiarana #fyp ♬ original sound - ROZITA CHE WAN

 

Gelagat dua beranak itu nyata menarik perhatian ramai warganet, khasnya pengikut Che Ta dan Aaisyah, malah ada yang menyifatkan Aaisyah sebagai kanak-kanak yang bertuah memiliki ibu yang supportive.

 

Untuk info, Aaisyah merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan pelakon, Zain Saidin, selepas pasangan itu mendirikan rumahtangga pada 11 Disember 2013.

 

Sumber: Tiktok