Drama Putus Cinta Hanya Gimik Lagu Baru? Ini Respon Kekasih Janna Nick

Beberapa hari lalu, media sosial penyanyi dan pelakon, Janna Nick penuh dengan hantaran sedih dan pilu, sehingga netizen beranggapan beliau sedang kecewa akibat putus cinta.

drama putus cinta hanya gimik lagu baru? ini respon kekasih janna nick

Namun tidak lama selepas itu, pemilik nama sebenar Nurul Jannah Muner rupanya sedang mempromosikan muzik video single terbaharunya berjudul Mentari Setia.

 

Turut dikongsikan klip video dan beberapa foto Janna bersama seorang lelaki, sehingga mengundang rasa kurang senang warganet kerana ia memperlihatkan Janna sedang dipeluk lelaki tersebut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

 

Rata-rata warganet meluahkan rasa kecewa dan berpendapat penyanyi itu tidak perlu melakukan aksi sedemikian kerana ia boleh mengundang fitnah.

 

“Gambar ini bukan sahaja mengundang fitnah, malah kecaman. Janna, awak banyak pengalaman pernah dikecam dan ingatkan sudah berhati-hati tetapi buat lagi.

“Apabila sudah kena kecam, awak salahkan orang lain tetapi gambar begini seolah-olah sengaja mengundang kecaman,” luah seorang pengguna.

 

Malah, status hubungan Janna bersama teman lelakinya, Dini Schatzmann, 28, juga masih menjadi tanda tanya kerana mereka masing-masing enggan bercakap tentang hal terbabit.

drama putus cinta hanya gimik lagu baru? ini respon kekasih janna nick

“Saya minta maaf. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa tentang cerita peribadi.

Saya juga tidak boleh komen tentang tindakannya. Itu hal dia,” katanya.

 

Masalah hubungan percintaan dua pelakon ini turut dikuatkan lagi apabila Janna dikatakan tidak lagi mengikut Dini di Instagram.

 

Sumber: Utusan / Kosmo!