Pelakon, Tiz Zaqyah menjelaskan babak dalam drama lakonannya di Astro Original iaitu LIAR ada mesej penting yang sepatutnya dilihat secara positif.
Menurut Tiz, babak yang memperlihatkan sedikit badannya itu ada mesej yang ingin disampaikan iaitu mengenai apa yang telah dilalui oleh mangsa rogol dan ia patut dilihat secara positif.
“Bukan sengaja nak tayang badan untuk ditonton orang pun, paling penting ialah mesej yang nak disampaikan kepada penonton tentang apa dilalui mangsa rogol. Itu yang kami nak sampaikan.
“Kalau ada mahu jadikan itu isu, biarkan sahaja. Bagi saya, ambil mesej positif manakala yang buruk jadikan teladan.
“Jika ada adegan keterlaluan, saya akan berbincang dengan pengarah dan ada juga saya tolak. Mereka sangat menjaga keselesaan dan bertolak ansur dengan saya,” kata Tiz kepada Astro Gempak.
Drama LIAR membariskan pelakon-pelakon hebat negara seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts. Manakala, pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.
Two sides, One Truth. LIAR mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula keluar janji temu. Lara mengenali Aiman Yusuf iaitu seorang pakar bedah. Aiman Yusuf juga pernah melalui episod perit dalam kehidupannya sebelum ini. Mereka rasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing. Namun, temu janji pertama mereka berubah menjadi mimpi ngeri. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. Siapa yang bercakap benar? LIAR menyaksikan penipuan yang memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.
Sumber: Astro GEMPAK