Gandingan Hun Haqeem dan Erysha Emyra dalam Drama Baharu, ‘Chinta Wrong Direction’

Sebuah drama terbaharu yang diarahkan oleh sutradara Hadith Omar berjudul ‘Chinta Wrong Direction’ kini telah menemui penonton di Astro.

gandingan hun haqeem dan erysha emyra dalam drama baharu, ‘chinta wrong direction’

Lakonan romantis Hun Haqeem bersama pelakon baharu, Erysha Emyra ini telahpun ditayangkan bermula 26 Jun lalu, jam 10 malam, setiap Isnin hingga Khamis.

 

‘Chinta Wrong Direction’ merupakan drama rom-com yang sarat dengan hubungan kekeluargaan dan konflik kasih sayang. Penceritaan daripada novelis popular, Norhayati Berahim ini juga disaluti unsur-unsur humor dalam memaparkan sisi-sisi romantik watak utamanya serta menyampai mesej dan jalan cerita yang dekat dengan masyarakat sebagai hiburan.

Chinta lakonan Erysha, bertemu dengan Raja Akid lakonan Hun Haqeem, bosnya di tempat kerja baharu. Raja Akid bak lelaki sempurna; pandai bergaya dan kaya. Namun dia sebenarnya mempunyai trauma dengan golongan wanita yang berpunca daripada kisah keluarganya yang lampau. Kehadiran Chinta dalam hidupnya mengubah segala-galanya. Dari dua latar belakang berbeza, mereka saling melengkapi dan mengatasi kekurangan diri masing-masing.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erysha Emyra (@eryshaemyra)

 

Selain di Astro Ria (104), drama ini juga boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.