Adaptasi Dari Novel Terlaris, Akira Khan Tampil Kisah Cinta Melayu-Pakistan

Drama adaptasi novel terlaris karya Ammara Ayyash ini bakal membuatkan ramai teruja.

adaptasi dari novel terlaris, akira khan tampil kisah cinta melayu-pakistan

Bakal ditayangkan di Astro Ria, Akira Khan mengisahkan pergolakan kisah cinta sejauh 4,518 kilometer antara dua keturunan dan budaya yang berbeza iaitu Melayu dan Pakistan, menerusi slot MegaDrama.

 

Penceritaan menerusi 26 episod ini berkisarkan seorang gadis berdarah Pakistani-Melayu bernama Akira Khan yang telah bertemu dan jatuh cinta kepada seorang jejaka Melayu bernama Radin. Walau bagaimanapun, percintaan mereka dihalang kerana perbezaan keturunan dan bangsa. Kisah cinta mereka menjadi lebih rumit dengan perkahwinan rahsia mereka kerana sebuah insiden yang berlaku di antara mereka. Sayang sekali, perkahwinan ini hancur apabila Radin ditimpa kemalangan dan hilang ingatan ketika Akira pulang ke Pakistan. Ujian demi ujian menimpa Akira dalam mendapatkan suaminya kembali tetapi hanya takdir yang mampu menyatukan cinta mereka semula.

adaptasi dari novel terlaris, akira khan tampil kisah cinta melayu-pakistan

‘Akira Khan’ merupakan terbitan penerbit drama terkenal iaitu SR One Sdn Bhd yang membawa kembali lakonan hebat pasangan suami isteri, Uqasha Senrose dan Kamal Adli sebagai Akira Khan dan Radin. Dengan berlatarbelakangkan dua negara, penggambaran drama ini turut dilakukan di Pakistan dengan menampilkan lokasi-lokasi yang cantik serta sarat dengan sinematografi indah. Barisan pelakon yang terlibat turut mempelajari bahasa Pakistan untuk menguasai watak masing-masing.

Screenshot-2023-01-18-at-10-22-47-AM.png

Selain daripada barisan pelakon utama kami, MegaDrama kali ini turut memperkenalkan pelakon baharu Irfan Zaini yang amat dikenali di kalangan penonton yang berbahasa tamil. Memegang watak sebagai Zafar dalam drama ini, Irfan merupakan pelakon yang aktif dalam drama-drama berbahasa tamil dan kini mengorak langkah ke drama melayu.

 

Drama hasil pengarahan sutradara Jamal Khan ini turut dibintangi Julia Farhana Marin sebagai Liyana, Esma Daniel sebagai Kamarul, Datin Maria Farida sebagai Fareedah, Idzham Ismail sebagai Joe dan Saidah Kamarudin sebagai Faten, sepupu kepada Akira.

adaptasi dari novel terlaris, akira khan tampil kisah cinta melayu-pakistan

Saksikan ‘Akira Khan’ bermula 18 Januari ini pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MegaDrama Astro Ria (saluran 104).