Impian DOLLA Perform Satu Malaysia, “Saya Asal Dari Kelantan” – Sabronzo

Kumpulan wanita yang semakin popular di negara ini, DOLLA meluahkan hasrat ingin beraksi atas pentas di semua negeri di Malaysia, termasuklah di negeri Kelantan.

impian dolla perform satu malaysia, “saya asal dari kelantan” – sabronzo

Meskipun ada segelintir pihak yang menyifatkan kumpulan DOLLA sebagai satu pengaruh yang tidak baik dek kerana penampilan mereka yang seksi, DOLLA berkata mereka hanya ingin berkarya dan memberi mesej positif kepada orang ramai.

 

Memetik laporan dari Kosmo!, salah seorang ahli DOLLA iaitu Sabronzo berkata meskipun mereka sudah beberapa kali ke negeri Kelantan atas urusan bercuti, namun mereka tidak pernah sekali pun melakukan persembahan pentas.

 

“Rasanya kita pernah ke Kelantan sebelum ini. Namun atas urusan bercuti (bukan buat persembahan pentas). Saya asal dari kelantan,” ujar Sabronzo atau nama sebenarnya, Wan Sabrina Wan Rusli.

impian dolla perform satu malaysia, “saya asal dari kelantan” – sabronzo

Ahli DOLLA yang lain iaitu Tabby turut meluahkan hasrat dan impian mereka untuk membuat persembahan di seluruh Malaysia kerana mahu lebih ramai tahu tentang kewujudan muzik DOLLA.

 

Pun begitu, DOLLA menyedari terdapat undang-undang yang perlu mereka patuhi dan tidak pernah terfikir untuk ‘menjolok sarang tebuan’ sebagai anak seni.

impian dolla perform satu malaysia, “saya asal dari kelantan” – sabronzo

“Kami faham dan hormat semua orang punya pendapat atau nilai kehidupan. Mereka punya pandangan dalam beberapa perkara (berkaitan agama).

“Kami takkan cuba nak paksa pandangan kami dalam diri sebilangan orang. Hormat keputusan orang.

“Kami juga berpendapat, kita semua perlu hormat gaya hidup masing-masing sebagai rakyat yang baik. Kalau suka, teruskan tengok dan sokong dan kalau sebaliknya, toleh tempat lain.

“Bagaimanapun, satu fakta yang tak boleh dinafikan adalah Malaysia sebuah negara yang penduduknya berbilang kaum. Dolla sendiri, kami ada Melayu dan Cina namun masih boleh berdiri teguh sebagai satu kumpulan sebab itulah istimewanya negara ini,” kata DOLLA.

 

Dalam perkembangan lain, DOLLA kini tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Look At This yang boleh didengarkan sejak 17 Feb lalu.

 

 

Sumber: Kosmo!