Lagu Baru Masih Trending, DOLLA Rancang Buat Konsert Tahun Depan

Kumpulan wanita popular negara, DOLLA, merancang untuk mengadakan konsert mereka pada tahun hadapan, khusus buat peminat tempatan.

lagu baru masih trending, dolla rancang buat konsert tahun depan

Perkara itu dimaklumkan salah seorang ahli DOLLA iaitu Angel, selain mereka mempunyai impian untuk mengembangkan muzik mereka ke negara sekitar Asia Tenggara.

 

"Kami juga merancang untuk mengadakan Konsert DOLLA 2024 khusus buat peminat tempatan," katanya.

 

Dalam pada itu, DOLLA bersyukur lagu baharu mereka berjudul Classic masih lagi trending di platform Youtube dengan tontonan lebih 1.3 juta dalam tempoh empat minggu selepas ia dilancarkan.

lagu baru masih trending, dolla rancang buat konsert tahun depan

Lagu terbabit turut mendapat sentuhan penerbit muzik terkenal Korea Selatan iaitu Hyun Shik, yang pernah mencipta lagu untuk artis ternama dunia seperti Justin Bieber, Super Junior, Girls' Generation, NCT dan ramai lagi.

 

Classic bukan sahaja mendapat sambutan hangat dari peminat dalam negara, malah menurut Sabronzo, ia turut disukai peminat DOLLA dari negara luar.

 

Sumber: HMetro