Beberapa hari lalu, kumpulan wanita dari Malaysia, Dolla telah menjadi topik hangat di media sosial selepas tampil dengan imej dan pakaian mencolok mata pada satu festival muzik.
Kecaman demi kecaman dilemparkan kepada kumpulan yang dianggotai empat ahli wanita ini, sehinggakan akhirnya mereka tampil membuat permohonan maaf.
Menurut wakil Dolla, Wan Sabrina Wan Rusli atau lebih dikenali sebagai Sabronzo berkata apa yang berlaku adalah kesilapan mereka kerana terlepas pandang.
“Kami mohon maaf dan kami akui memang silap kami kerana terlepas pandang.
“Terus terang ketika itu kami hanya fokus kepada persembahan dan tak sangka isu baju ini menjadi besar.
“Bagaimanapun kami berjanji akan perbaiki dan menjadi lebih baik di masa akan datang,” ujar Sabronzo.
Tambah Sabronzo lagi, mereka akan lebih berhati-hati selepas ini terutamanya dalam memilih pakaian yang bersesuaian pada setiap persembahan. Malah apa yang berlaku ini juga akan menjadi pengajaran kepada mereka untuk lebih berhati-hati di masa akan datang.
Untuk pengetahuan, selain Sabronzo, ahli lain dalam kumpulan Dolla adalah Angel, Tabby dan Syasya.
Sumber: Gempak