“Selebriti Bukanlah Robot, Kami Juga Ada Fasa Ups And Downs,” – DOLLA

Apabila menjadi seorang selebriti yang dikenali, peminat adalah tulang belakang yang sentiasa ada bersama.

 

Namun tidak semua permintaan dari peminat boleh dituruti oleh golongan selebriti, hingga menyebabkan timbul rasa ketidakpuasan hati dalam segelintir peminat ini.

 

Mungkin itu yang terjadi kepada pelakon drama Projek: High Council yang telah dilabel sebagai sombong kerana enggan bergambar bersama seorang peminatnya baru-baru ini.

 

Isu yang tular itu mendapat perhatian dari salah seorang anggota kumpulan DOLLA iaitu Syasya, yang katanya faham dengan apa yang berlaku kepada Amir, memandangkan selebriti juga adalah manusia biasa yang turut melalui fasa turun dan naik seperti orang lain.

“selebriti bukanlah robot, kami juga ada fasa ups and downs,” – dolla

Bagaimanapun, beliau dan tiga ahli DOLLA yang lain iaitu Sabronzo, Angel dan Tabby akan sentiasa memberi yang terbaik kepada peminat meskipun dalam kepenatan.

“selebriti bukanlah robot, kami juga ada fasa ups and downs,” – dolla

“Selebriti pun bukanlah robot, kami juga ada lalui fasa ups and downs. Ada sesetengah peminat yang faham, di mana ia bagus juga. Tapi kalau ada yang tak faham itu, kami tetap akan cuba yang terbaik untuk mereka.

“Apa yang terjadi kepada Amir Ahnaf, mungkin saya faham. Kepada iDolla’s yang selalu nak ambil gambar, Insya-Allah selagi kami mampu, kami akan layan walaupun dalam keadaan penat macam mana pun,” katanya.

 

Dalam pada itu, Tabby turut berkata sudah menjadi tugas seorang artis untuk memberi yang terbaik kepada peminat.

 

“Bagi saya, sebagai artis kita cuba sedaya upaya untuk peminat walaupun dalam keadaan penat. Kami memahami saja, manusia kan. Tapi kerja kami adalah layan dan memberi semula kasih sayang kepada peminat,” ujarnya.

 

Sumber: Gempak