“Doakan Saya Cepat Jumpa Jodoh Macam Nad Zainal, Mizz Nina,” – Puteri Sarah Liyana

Pelakon, Puteri Sarah Liyana baru-baru ini telah diajukan soalan mengenai jodohnya selepas disahkan bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

“doakan saya cepat jumpa jodoh macam nad zainal, mizz nina,” – puteri sarah liyana

Menerusi video Tiktok, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata beliau meminta doa daripada orang ramai agar segera dipertemukan jodoh pada masa akan datang.

 

“Tak nak cari suami baharu ke?,” soal seorang pengikutnya.

 

Puteri Sarah kemudian menjawab;

“Semoga saya jumpa jodoh saya cepat macam Nad Zainal, macam Mizz Nina. Apa-apa pun doakan saya.”

“doakan saya cepat jumpa jodoh macam nad zainal, mizz nina,” – puteri sarah liyana

Dalam pada itu, beliau tidak pula meletakkan harapan besar selain cuma berharap bakal suaminya itu nanti dapat menerima diri serta dua orang anaknya.

 

@dinaraaa...97 Semoga BerTemu JodoH yg TerBaik Buat PSL🤲🥰#puterisarahliyana#artismalaysia#viraltiktok#fyp#fypシ゚viral ♬ bunyi asal - SingLeMama...🥀

 

Puteri Sarah turut berkata, beliau memegang pada prinsip tidak akan berpatah balik, terutamanya untuk kembali kepada kehidupannya yang dahulu.

 

Beliau turut menambah enggan menjanjikan apa-apa andai jodohnya dalam kalangan selebriti atau mereka yang berada dalam industri hiburan, kerana tidak tahu perancangan yang telah diatur Tuhan untuk dirinya.

 

Sumber: Tiktok