‘‘Doakan Kita Boleh Balik Kampung Raya Tahun Ni,’’ Rentas Negeri Mungkin Dibenar Kalau ..

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika trend kes harian COVID-19 menurun, berkemungkinan kebenaran untuk rentas negeri boleh diberikan, termasuklah untuk rakyat pulang ke kampung beraya.

‘‘doakan kita boleh balik kampung raya tahun ni,’’ rentas negeri mungkin dibenar kalau ..
 
Menurutnya lagi, ia juga bergantung kepada penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kes COVID-19, sebelum kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri dilakukan.

 
"Tahun lepas atas nasihat KKM, kita tak balik raya. Saya juga orang kampung, mesti nak balik kampung, ia dah jadi rutin, bila tak dapat balik kampung, saya juga kecewa.
"Tetapi dengan kes yang semakin menurun dan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini, KKM akan menilai, jadi kita doakan raya tahun ini boleh balik kampung," katanya.

 
Tegasnya, keputusan untuk membuka sempadan negeri perlu dipertimbangkan dengan sebaik-baiknya kerana sebelum ini apabila rentas negeri dibenarkan, kes akibat kluster balik kampung meningkat.

 
Dalam perkembangan lain, beliau berkata mulai tengah malam tadi, tiada lagi sekatan jalan raya dibuat di sempadan daerah kerana pergerakan rentas daerah telahpun dibenarkan bermula hari ini. Sebaliknya, sekatan jalanraya di sempadan negeri masih lagi dikekalkan.


 
Sumber: Astro Awani / BERNAMA