Mulai Hari Ini, JPJ dan PDRM Tawar Diskaun Saman Hingga 80%. Ini Caranya!

Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman mulai hari ini 9 Disember hingga 12 Disember 2021.

mulai hari ini, jpj dan pdrm tawar diskaun saman hingga 80%. ini caranya!

Pengurangan bayaran saman sehingga 80% ini boleh dibuat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) daripada jam 9 pagi hingga 10 malam sepanjang tempoh 4 hari tersebut.

 

Menurut JPJ, pemberian diskaun sehingga 80% bagi saman yang boleg kompaun sahaja, kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.

mulai hari ini, jpj dan pdrm tawar diskaun saman hingga 80%. ini caranya!

Selain itu, promosi pengurangan bayaran samaran ini turut boleh dibuat melalui kaunter, kiosk dan portal JPJ.

 

Bagi saman PDRM pula, diskaun sehingga 80% bagi saman dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja, manakala diskaun sehingga 70% diberikan bagi saman dilokasi lain-lain. Penawaran diskaun saman PDRM pula hanya sah di kaunter Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada tarikh, masa dan lokasi acara sambutan ‘100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia’ berlangsung nanti.

mulai hari ini, jpj dan pdrm tawar diskaun saman hingga 80%. ini caranya!

Sumber: [1], [2]