Dini Schatzmann Akui Sudah Lali Berdepan Masalah Bipolar Janna Nick

Pelakon, Dini Schatzmann akui sudah lali berdepan dengan masalah bipolar yang dihidapi isterinya, Janna Nick.

dini schatzmann akui sudah lali berdepan masalah bipolar janna nick

Menurut pelakon berusia 28 tahun itu, beliau akan sentiasa berada disisi isterinya untuk memberi semangat, termasuk dalam serangan terkini dialami Janna, baru-baru ini.

 

"Beberapa hari sebelum kejadian, Janna beritahu dia dapat rasa seperti bakal diserang kemurungan dan sangat 'down'.

"Jadi, cara saya untuk tangani masalah adalah dengan menjadi sistem sokongan dan bahu tempat isteri bersandar.

"Mereka (penghidap bipolar) tidak minta apa-apa pun, cukup ada orang yang boleh dengar apa yang hendak diluahkan sahaja," katanya.

 

Tambah Dini, jadual penggambaran isterinya yang tidak menentu mungkin menjadi sebab kenapa dia mudah berdepan dengan kemurungan.

dini schatzmann akui sudah lali berdepan masalah bipolar janna nick

Katanya lagi, sejak selepas mereka berkahwin pada 10 Jun lalu, mereka hanya sempat berehat dan berbulan madu selama lima hari, sebelum isterinya kembali ke set penggambaran.

 

"Baru-baru ini, Janna terbabit dengan penggambaran dari jam 8 malam hingga 6 pagi. Mungkin disebabkan tidak cukup tidur dan rehat, selain terpaksa berulang alik ke lokasi yang jaraknya agak jauh, beri kesan emosi kepada penghidap 'bipolar disorder' seperti Janna.

"Orang yang menghidap bipolar ada dua fasa. Peringkat pertama, dia teruja hendak buat semua benda. Fasa satu lagi, mereka tidak mahu keluar rumah, bersiap atau jumpa orang.

"Mereka juga cenderung berfikir terlalu banyak. Kadang-kala, mereka tidak ada masalah. Tetapi, otak mereka terlalu banyak berfikir hingga disangka ada masalah.

"Jadi, kalau Janna risau, saya perlu tenangkan dan sentiasa ingatkan bahawa dia sebenarnya okay," katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Dini berkata mereka berdua kini perlu kembali bekerja keras kerana banyak wang sudah dihabiskan untuk majlis perkahwinan dan juga proses berpindah ke rumah baharu, kelak.

“saya dan janna perlu kerja keras sebab duit banyak keluar masa berkahwin” – dini schatzmann

Baca: “Saya dan Janna Perlu Kerja Keras Sebab Duit Banyak Keluar Masa Berkahwin” – Dini Schatzmann

 

Sumber: BH