Dina Nadzir Terfikir Nak Tarik Diri GV9

Bintang Gegar Vaganza 9, Dina Nadzir akui letak pendirian untuk menarik diri daripada rancangan realiti TV itu.

Perancangan itu lebih kuat selepas pemergian ayahnya yang tersayang baru-baru ini.

Namun, keputusan itu diketepikan selepas mendapat sokongan daripada kawan-kawan rapat serta rakan artis.

“Sebelum abah saya meninggal dunia, dia kerap beri semangat kepada saya agar tidak mudah putus asa.

“Saya selalu bercakap kepada arwah, saya kena ‘long covid’ dan memberi kesan terhadap vokal serta pernafasan.

“Lantas ayah saya kata, abah ‘kanser survivor’ hampir tujuh tahun, abah tetap berjuang, inikan Dina masih muda, kena kuatkan semangat,” katanya kepada portal SYOK.

dina nadzir terfikir nak tarik diri gv9

Sementara itu, Dina berkata untuk tak rasa tidak bersemangat, dia mengajak rakan-rakan artis menyanyikan lagu Lady Marmalade di minggu ketujuh. 

“Saya nak nyanyi seorang diri minggu ketujuh ini saya rasa macam tak kuat, sebab itu saya ajak beberapa rakan-rakan yang sangat rapat dengan saya, itu yang ada Alvira, Cikgu Delly, Atilia dan Nadia Aqillah sekali.

“Masa sesi latihan mereka tiada, tapi tadi bila mereka ada saya terus rasa lain, segalanya berlaku dengan baik dan cantik sekali, ditambah pula dengan energy penonton ketika itu, semangat saya lain macam masa nak mula persembahan,” ujarnya.

Saksikan Gegarvaganza 9 setiap Ahad jam 9 malam yang disiarkan secara langsung di Astro Ria, Ria HD dan Astro Go.

 

Oleh: Syahdeen