Dina Nadzir dan Fuad Rahman Tersingkir, Hanya Enam Peserta Ke Final GV9

Dua peserta Gegar Vaganza 9 (GV9) iaitu Dina Nadzir dan Fuad Rahman gagal untuk mara ke final GV9 selepas tersingkir malam tadi.

dina nadzir dan fuad rahman tersingkir, hanya enam peserta ke final gv9

Dua penyingkiran yang dibuat serentak pada malam itu adalah selepas Dina dan Fuad masing-masing mencatatkan markah terendah pada pusingan separuh akhir GV9 ini.

 

Fuad memperoleh 58.30 peratus, manakala Dina pula 59.20 peratus, selepas diadili oleh barisan juri GV9 menerusi persembahan mereka.

 

Penyingkiran Dina dan Fuad memberi laluan kepada enam baki peserta GV9 iaitu Jaclyn Victor, Shila Amzah, Bob Yusof, Tomok, V.E dan Hairul Nizam untuk berentap di minggu akhir pada hujung minggu ini.

 

Dalam konsert separuh akhir ini, Jacklyn Victor memperoleh markah tertinggi diikuti Shila Amzah, dan Bob.

 

Sumber: Kosmo!