Didi Astillah Kongsi Kembali Video Lama Bella Bersama Ruhainies, “Kawan Makan Kawan..”

Sejak awal pagi tadi (9 Mac), industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita mengenai penangkapan seorang artis terkenal berstatus suami orang berkhalwat bersama seorang pelakon wanita di sebuah kondominium mewah.

didi astillah kongsi kembali video lama bella bersama ruhainies, “kawan makan kawan..”

Meskipun belum ada sebarang pengesahan mengenai siapakah individu itu, laporan mengaitkan ia dengan penyanyi yang juga pelakon, Aliff Aziz.

 

Dakwaan itu dikuatkan dengan kehadiran isteri Aliff iaitu Bella Astillah bersama adiknya, Didi Astillah di sebuah pejabat agama, namun Bella mohon diberi ruang dan akan menjelaskan perkara ini tidak lama lagi.

didi astillah kongsi kembali video lama bella bersama ruhainies, “kawan makan kawan..”

Didi Astillah dalam pada itu turut mengesahkan perkara itu kepada portal tempatan, namun tidak mendedahkan identiti pelakon wanita tersebut.

 

"Ya, mereka (Aliff Aziz dan pelakon wanita) ditahan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi)," kata Didi.

 

Didi Astillah dalam pada itu dilihat turut berkongsi kembali video dan foto lama Bella bersama rakan seperjuangan, Ruhainies di Instagram.

 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dilihat memberi sokongan pada Bella dan mengecam tindakan Ruhainies yang dikatakan bagai kawan makan kawan.

didi astillah kongsi kembali video lama bella bersama ruhainies, “kawan makan kawan..”

Terdahulu, media tempatan mendedahkan artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di sini, awal pagi tadi.

 

Menurut sumber, pasangan selebriti yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.

 

Sumber: Instagram Didi Astillah