Cita-Cita Dari Kecil Tercapai, Didi Astillah Kini Bergelar Pramugari

Pelakon dan penyanyi, Didi Astillah kini telah berjaya menamatkan kursus kru kabin untuk bergelar pramugari syarikat penerbangan Batik Airlines.

cita-cita dari kecil tercapai, didi astillah kini bergelar pramugari

Menerusi perkongsian di Instagram ibunya, Zarina Salleh, 47, beliau meluahkan rasa syukur kerana anaknya itu berjaya menamatkan latihan kru kabin dan mencapai cita-cita diidamkan sewaktu kecil.

 

"Alhamdulillah adik (Didi) habis juga kau belajar, mama doakan kerjayamu yang baru ini dan ini la cita-citamu dari kecil tercapai juga, Amin," tulisnya.

cita-cita dari kecil tercapai, didi astillah kini bergelar pramugari

Turut bersama dalam foto tersebut adalah keluarga beliau dan juga kakaknya yang merupakan pelakon serta penyanyi, Bella Astillah.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Einaastillah (@einaastillah)

 

Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 27, juga turut pernah mengikuti bidang seni seperti kakaknya, Bella. Malah, Didi turut pernah menghasilkan beberapa album sebelum ini.

 

Sumber: Instagram