Orang Ramai Kini Boleh Makan Di Restoran, Terhad Dua Orang Satu Meja

Kerajaan kini membenarkan orang ramai untuk makan di kedai makan atau restoran, meskipun negara masih berada dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

orang ramai kini benar makan di restoran, terhad dua orang satu meja

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran untuk makan di kedai makan itu juga terhad kepada dua orang untuk satu meja serta dengan penjarakan fizikal 1 meter.

Selain itu, kerajaan juga bersetuju membuka baki keseluruhan sektor perniagaan peruncitan bermula esok, 10 Feb, termasuklah kedai pakaian, fesyen dan aksesori, perkhidmatan fotografi dan peralatan sukan. Senarai penuh sektor peruncitan ini boleh didapati di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara serta KPDNHEP.

Antara perkara lain yang disebut beliau dalam sidang media hari ini adalah seperti berikut:

- Penggunaan aplikasi mySejahtera diwajibkan berkuatkuasa serta merta namun aplikasi lain masih dibenarkan.

- Industri kreatif dibenarkan beroperasi dengan SOP yang ketat termasuk memohon sijil perakuan penggambaran khas FINAS.

- Kerajaan benarkan program latihan berpusat bagi pasukan-pasukan Liga Malaysia, Liga Hoki Malaysia dan Liga Sepak Takraw bermula 15 Februari 2021.

- Kampung Orang Asli Batu 6, Jalang Pahang, Batang Padang di Perak ditamatkan berkuatkuasa esok.

- PKPD Pusat Transit Tahanan Marang dan Pusat Koreksional Dungun dan Kuarters Kakitangan di Terengganu turut ditamatkan esok.

Sumber: Astro Radio News