Diana Danielle Yakin Farid Kamil Bapa Yang Baik, Mampu Besarkan Anak Walau Tak Sebumbung

Pelakon, Diana Danielle akui bekas suami, Farid Kamil adalah seorang bapa yang baik, dan mereka akan bekerjasama untuk membesar dan mendidik anak, meskipun tidak lagi tinggal sebumbung.

demi anak-anak, diana danielle mahu pengakhiran yang baik bersama farid kamil

Menurut Diana, meskipun hak penjagaan kedua anak mereka adalah dibawah tanggungannya, dia tidak membesarkan anak seorang diri kerana Farid masih ada sebagai bapa mereka.

 

"Saya masih ada dia (Farid) yang membesarkan bersama saya walaupun kami dah tak tinggal serumah. Saya yakin dia adalah bapa yang baik. Itu anak-anak kami, jadi kami akan bekerjasama sebagai satu pasukan," katanya.

farid kamil bawa bunga ke mahkamah mahu berdamai dengan diana danielle

Diana juga menambah, dia enggan mendedahkan kepada umum mengenai pertemuan Farid dengan anak-anaknya dan biarlah ia berlaku secara tertutup.

 

Ujarnya, dia juga ingin memastikan komunikasi antaranya dengan Farid adalah suatu yang peribadi buat mereka.

 

"Kita tak tahu di masa akan datang jika timbul perselisihan faham atau masalah. Saya tak mahu benda ini kembali menjadi bualan umum.

"Apa-apa saja komunikasi yang kami buat, mengenai anak-anak, semuanya kami akan simpan untuk kami sendiri selesaikan," katanya.

 

Terdahulu, pasangan ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.

 

Sumber: HMetro