Dilihat Makin Berisi, Diana Danielle Tak Sentap Baca Komen Netizen

Pelakon, Diana Danielle berkata beliau enggan terlalu mengambil serius terhadap komen netizen seperti mengenai bentuk badan yang dikatakan semakin berisi kerana berat badan bertambah.

dilihat makin berisi, diana danielle tak sentap baca komen netizen

Menurut pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, 31, beliau faham dengan kemunculan komen-komen sebegitu kerana netizen hanya melihat kepada luaran sahaja.

 

“Itulah bayaran yang perlu diterima menjadi individu dikenali. Orang hanya nampak perubahan badan kita sahaja dan mungkin mereka tiada niat pun nak ‘body shaming’.

“Itu hanya pendapat apabila melihat bentuk fizikal kita yang berubah. Kalau semua benda nak sentap susahlah,” katanya.

 

Bagaimanapun beliau tidak menolak untuk mengambil tindakan undang-undang jika komen yang diberi agak melampau.

dilihat makin berisi, diana danielle tak sentap baca komen netizen

“Selagi mereka tak guna ayat yang pedas, tak menjatuhkan kita, saya okey tetapi jika sebaliknya, itu boleh saman!

“Itu boleh ambil tindakan tapi yang komen orang suka cuit-cuit tu, kalau balas dengan kata-kata memerli pun sudah cukup,” katanya lagi.

 

Baru-baru ini, netizen mendakwa isteri kepada pelakon Farid Kamil itu sedang berbadan dua selepas melihat tubuhnya yang kini semakin berisi. Diana bagaimanapun menafikan dakwaan itu sambil berkata berat badannya menaik kerana selera makannya kini semakin meningkat.

 

 

Sumber: HIB Glam