Diana Danielle Rasa Serba Salah Dedah Kisah Lama Dipukul Bekas Kekasih

Baru-baru ini, pelakon, Diana Danielle telah mendedahkan satu kisah silam yang mana beliau pernah dipukul oleh bekas kekasihnya sehingga mengalami bengkak pada leher.

diana danielle rasa serba salah dedah kisah lama dipukul bekas kekasih

Beliau yang enggan memanjangkan isu tersebut tampil membuat penjelasan yang mana beliau tidak mahu mengungkit kisah lama dan perkongsian itu sekadar perbualan beliau bersama pelakon, Amelia Henderson dalam sebuah program.

 

Ujar aktres berusia 31 tahun itu, beliau berasa serba salah atas ketelanjurannya berkongsi kisah lama itu kepada umum.

diana danielle rasa serba salah dedah kisah lama dipukul bekas kekasih

Katanya, perkongsian itu hanya berniat untuk berkongsi dan tidak terlintas untuk mengungkit kisah lama apatah lagi mencari gaduh dengan sesiapa.

 

“Sebenarnya wujud rasa serba salah selepas berkongsi mengenai perkara itu kerana saya tak maksudkan sesiapa. Tidak boleh salahkan orang lain jika perkara itu diperkatakan sebab saya sendiri yang memulakannya,” katanya.

 

Menurut pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, beliau juga terkejut melihat respon positif terhadap perkongsian kejadian itu yang berlaku sekitar 10 tahun lalu.

 

Tambah Diana lagi, suaminya, Farid Kamil juga faham pendedahan yang dibuat itu adalah atas dasar kerja.

 

Sumber: Kosmo!