Diana Danielle Sambung Belajar, Ambil Serentak Bio Kimia + Psikologi dan Bisnes. Hebat!

Pelakon jelita, Diana Danielle berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini sedang menyambung pengajian di sebuah universiti swasta.

diana danielle sambung belajar, ambil serentak bio kimia + psikologi dan bisnes. hebat!

Menerusi ciapan di X, isteri kepada aktor Farid Kamil itu berkata, beliau kini sedang mengambil pengajian Biokimia dan Psikologi untuk A-Level, dan Business Management untuk pengajian peringkat Diploma.

 

Katanya, beliau pernah dahulu berada dalam bidang bioteknologi atas saranan ibu, tetapi bidang itu jauh daripada minatnya.

 

“I started studying again guys. A-levels dan diploma sekali jalan. Some call it stupid, I call it thirst trap education version.

“For context, dulu pernah masuk biotech but it was too far from my passion sebab my mom suruh. Now I am doing chem bio + Psychology to continue in neuroscience and Business Management diploma to go into marketing.

“Don’t worry, I can finish these in my own time. I already have steady career to save me,” kata Diana.

diana danielle sambung belajar, ambil serentak bio kimia + psikologi dan bisnes. hebat!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet khasnya peminat Diana meluahkan rasa teruja dan menganggap aktress itu sebagai contoh dan idola mereka.

 

Sekadar info, Diana pernah mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang penerbitan filem pada tahun 2018 di Amerika Syarikat. Beliau juga pernah menyambung pengajian dalam bidang Produksi Siaran Langsung di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia pada 2013 dan kursus lakonan di NYFA pada 2011.

 

Sumber: X @ImDianaDanielle