Farid Kamil Pakaikan Helmet Pada Pelakon Wanita, Ini Respon Isterinya!

Baru-baru ini, sebuah filem aksi Malaysia arahan Farid Kamil telah mula ditayangkan di pawagam, yang berkisahkan kehidupan ‘mat motor’.

 

Antara pelakon yang terlibat dalam filem aksi ini adalah seorang pelakon aksi wanita, Ahirine Ahirudin yang membawakan watak sebagai Roy.

farid kamil pakaikan helmet pada pelakon wanita, ini respon isterinya!

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik menerusi akaun TikTok @ahirinee, Farid Kamil dilihat sedang memakaikan topi kalendar kepada Ahirine, sebagai satu nasihat dan juga promosi kepada filem berkenaan.

farid kamil pakaikan helmet pada pelakon wanita, ini respon isterinya!

Ada peminat yang mendoakan Farid Kamil ‘selamat’ ketika pulang ke rumah, dan ada yang berseloroh pelakon lelaki itu akan tidur diluar disebabkan video berkenaan.

farid kamil pakaikan helmet pada pelakon wanita, ini respon isterinya!

Seperti diduga, ramai peminat dan warganet juga mula menyeru isteri Farid Kamil iaitu Diana Danielle pada ruangan komen.

farid kamil pakaikan helmet pada pelakon wanita, ini respon isterinya!

Menyedari dirinya diseru peminat susulan video tersebut, Diana Danielle tidak mendiamkan diri sebaliknya memberikan satu komen ringkas kepada netizen.

 

“Toksah nak tag sgt la korang, yang penting ampa gi tgk Rempit 2 di pawagam noh,” ujarnya pada ruangan komen.

 

Dalam satu kenyataan, Ahirine berkata beliau menganggap Farid Kamil sebagai seorang abang dan bersyukur kerana isteri pelakon itu turut memahami selain memberikan sokongan agar orang ramai bersama-sama menonton filem berkenaan.

 

Terdahulu, Farid Kamil dan Diana Danielle telah selamat mendirikan rumah tangga pada 2012 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata.

 

Sumber: Tiktok