Selepas Farid Kamil memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isterinya, kini Diana Danielle pula membuat tuntutan serupa kepada suaminya itu.
Peguam yang mewakili Diana berkata, tuntutan nusyuz itu difailkan dalam tuntutan balas nusyuz yang difailkan Farid terhadap Diana sebelum ini.
“Kita sudah memfailkan tuntutan pembelaan pada masa sama pihak kita juga (Diana) turut memfailkan tuntutan balas dan dalam tuntutan balas pihak kami turut memfailkan nusyuz terhadap Farid hari ini,” kata peguam.
Menurut peguam itu lagi, antara sebab Diana memfailkan nusyuz terhadap suaminya adalah kerana melibatkan tanggungjawab sebagai suami, namun tidak didedahkan secara terperinci mengenainya.
Terdahulu, tarikh 23 Ogos telah ditetapkan sebagai sebutan semula kes nusyuz yang difailkan Farid terhadap Diana, dengan masing-masing perlu memfailkan tuntutan balas dan jawapan kepada pembelaan masing-masing.
Sebelum ini, Farid, 42, menegaskan tuntuan nusyuz yang difailkan terhadap Diana bukan berniat untuk memburukkan lagi keadaan, sebaliknya mahu menegakkan haknya sebagai seorang suami mengikut kepada hukum dalam agama Islam.
Sumber: Kosmo!