Pelakon, Diana Danielle dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil awal bulan ini.
Menurut laporan, permohonan cerai itu atas alasan tiada persefahaman dan berlaku perbalahan berpanjangan.
Permohonan cerai itu telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari awal pagi tadi. Farid bagaimanapun enggan melafazkan cerai tersebut.
Dalam laporan berbeza, pasangan itu juga sudah tidak tinggal serumah.
Sehubungan itu, Hakim Syarie telah memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac depan.
Terdahulu, pasangan ini telah berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6.
Sumber: Kosmo!