Pelakon, Diana Danielle, 32 dikecam gara-gara berkongsi satu foto tanpa lengan, sambil bergambar seakan-akan sedang ‘dating’ dengan seseorang, ketika beliau masih berada dalam tempoh iddah.
Foto yang dikongsikan pelakon itu kelihatan seperti dalam sebuah restoran, tersenyum sambil memegang tangan seseorang tanpa mendedahkan wajah individu berkenaan.
Menerusi kapsyen, Diana menulis gambar itu adalah situasi jika seseorang sedang ‘dating’ atau berjanji temu dengannya.
“POV: You’re on a date with me,” tulis Diana ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat mengecam tindakannya itu kerana masih berada dalam tempoh iddah, selepas bercerai dengan bekas suami, Farid Kamil, minggu lalu.
Sumber: Instagram