Pelakon, Diana Danielle memberitahu insiden anak keduanya, Aurora didenda Farid Kamil kerana memetik cili jiran mereka bukanlah sebab utama dia memfailkan penceraian keatas suaminya itu.
Sebaliknya menurut Diana, hasratnya untuk bercerai telah diberitahu olehnya dua hari sebelum insiden petik cili itu berlaku, namun Farid hanya membalas ‘sinis’ hasrat Diana itu.
“Siapa kata kejadian petik cili alasan untuk saya meminta cerai? Saya bertanya tentang hal perceraian dua hari sebelum kejadian ‘petik cili’.
“Dia tahu, bukan tidak tahu. Saya beritahu sudah pun memfailkan perceraian dan dia jawab teruskanlah.
“Secara faktanya, dia juga suruh untuk percepatkan (proses perceraian). Sekarang berpura-pura keliru?” ujar Diana.
Menurut Diana, tanggungjawab suami merupakan sebab berlakunya shiqaq, iaitu perbalahan berpanjangan antara mereka.
Malah kata Diana, disebabkan insiden petik cili itulah anak perempuannya itu berasa takut dengan bapanya selepas beliau dikenakan denda.
“Kamu semua mahu saya memaksanya (berjumpa Farid) untuk buat semua orang gembira? Pagi tadi, Muhammad (anak sulung mereka) bertanya jika tahun ini dia boleh balik beraya di Kedah (kampung bapanya).
“Tapi apa yang Aurora jawab? Adakah dia perlu ikut sama? Aurora berusia lapan tahun dan dia boleh berfikir sendiri.
“Dia ada perasaan dan mengambil masa seminggu untuk berhenti menangis setiap kali kami sebut nama bapanya dan kejadian tersebut. Jika anda fikir kejadian itu (didenda) adalah kecil, itu masalah kamu. Anda tidak boleh nafikan apa perasaan Aurora,” jelas Diana.
Terdahulu, Farid memberitahu beliau hanya dibenarkan untuk bertemu anak sulungnya, Muhammmad disebabkan anak bongsunya, Aurora dikatakan oleh isteri masih dalam keadaan trauma.
Sumber: Kosmo! Online