Adakah anda seorang yang meminati barangan sukan dan tinggal berdekatan dengan Cyberjaya?
Jika YA, ini adalah lokasi yang anda wajib pergi pada hujung minggu ini, 15 Oktober 2022!
Peruncit barangan sukan terbesar di dunia, Decathlon kini akan membuka cawangan yang ke-10 di Malaysia bertempat di dalam pusat membeli belah Depulze, Cyberjaya.
Ia adalah cawangan Decathlon Malaysia yang ketiga dibuka pada tahun 2022 dan menjadi yang terbesar seumpamanya di negara ini dengan menawarkan sehingga 5,000 barangan sukan ekslusif untuk lebih 60 jenis sukan dibawah satu bumbung.
Bakal membuat perasmian pembukaannya pada 15 dan 16 Oktober ini, Decathlon Cyberjaya ini akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk setiap pengunjungnya. Semua pengunjung akan dapat berlatih pelbagai aktiviti sukan yang berbeza seperti segmen senaman mega yang merangkumi Mega-Zumba bersama Hannah Kamal, Stretch and Breathe bersama Atilia Haron, Mega-Yoga bersama Hot Yo Studio dan Mega-Workout Session bersama Evomania. Decathlon Cyberjaya juga akan menawarkan kad hadiah bernilai RM50 pada 15 Oktober ini untuk 250 pelanggan pertama. Malah, aiskrim dan jus sihat juga menanti pengunjung secara percuma!
Bagi penggemar aktiviti larian, anda boleh mendaftar untuk Decathlon Fun Run di sekitar Cyberjaya. Berlangsung pada 16 Oktober, Decathlon Fun Run sejauh 5km dibuka kepada semua peserta tanpa mengira umur dengan titik permulaan di pintu masuk utama Pusat Beli-belah Dpulze. Peserta boleh memilih sama ada untuk berjalan, berjoging atau berlari sepanjang laluan.
Decathlon juga berharap cawangan baharu di Cyberjaya ini dapat membantu mempromosikan perbandaran Cyberjaya dan juga menjadi platform untuk aktiviti sukan di bandar ini. Ia juga dengan harapan bahawa akan membantu memangkin komuniti sukan di Cyberjaya, serta kawasan jiran Putrajaya yang lain.