Baru-baru ini, warganet dikejutkan dengan tindakan seorang penyanyi wanita berhijab iaitu Masya Masyitah, akhirnya membuka tudung menerusi hantarannya di Instagram.
Ekoran daripada itu, penyanyi berusia 23 tahun ini menerima pelbagai reaksi berbeza daripada netizen termasuklah kecaman dan teguran ramai.
Malah, penerbit David Teo turut menitipkan nasihat kepada Masya menerusi satu hantaran di Instagram.
"Ramai orang kejar pahala dunia, tapi tak ramai orang kejar pahala akhirat.
"Walaupun iman kita berbolak-balik tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan," tulis David Teo.
Hantaran itu nyata menarik perhatian ramai kerana disifatkan sebagai satu bentuk teguran seorang bapa kepada anak perempuannya, tambah pula David Teo adalah individu bukan beragama Islam.
Terdahulu, Masya tampil berkongsi beberapa foto sudah tidak lagi bertudung di Instagram dengan gaya baharu seperti watak ‘Barbie’. Malah, penyanyi ini dilihat tidak mempedulikan kecaman ramai, dan masih berkongsi lagi beberapa foto terbaharunya menerusi media sosial Instagram.
Sumber: Instagram