Usia Cecah 50 Tahun, Syafinaz Akui Lebih Selesa Hidup Single

Penyanyi, guru vokal, pensyarah dan juri muzik, Datuk Syafinaz Selamat adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan negara.

usia cecah 50 tahun, syafinaz akui lebih selesa hidup single

Dilahirkan pada 11 Januari 1973, juri tetap program Gegarvaganza ini telahpun menjangkau usia 50 tahun pada tahun ini.

 

Diajukan pertanyaan berkenaan jodoh, Ratu Soprano ini berkata beliau akui lebih selesa hidup menyendiri kerana kehidupannya lebih banyak berkisar soal kerjaya.

 

"Saya rasa selesa dan rasa lebih mudah. Cuba bayangkan, kehidupan saya banyak berkisarkan kerja saya dan kadang-kadang balik malam.

“Mungkin ada yang tak percaya bila orang tanya fasal kehidupan saya, saya jawab sibuk," kata beliau.

usia cecah 50 tahun, syafinaz akui lebih selesa hidup single

Tambah lagi, beliau akui kehidupannya sangat padat dengan pelbagai aktiviti seni dan sering juga pulang lewat malam.

 

"Kadang-kadang orang tak faham kerja saya. Latihan saya bersama koir biasanya waktu malam. Habis latihan sekitar 10.30 malam. Selepas itu ada perbincangan dengan beberapa pihak lain.

"Saya tak bekerja setiap hari, tapi kebanyakannya waktu malam. Bila habis jam 1 atau 2 pagi itu perkara biasa buat saya. Jadi kalau orang tak biasa memang susah," katanya.

 

Menurut beliau lagi, apabila sudah bergelar isteri, seorang wanita itu mempunyai komitmen untuk menguruskan rumahtangga.

usia cecah 50 tahun, syafinaz akui lebih selesa hidup single

"Setakat ini otak saya memang fikir kerja. Jadi saya rasa hidup saya selesa. Saya ada tanggungjawab untuk diri sendiri, boleh pergi ke mana saja dan buat apa saja nak.

"Tak perlu minta kebenaran sesiapa. Kalau ada (jodoh), adalah. Kalau tiada saya okey. Kena ingat sebagai wanita muslim bila berkahwin kena ada tanggungjawab. Tak boleh berbuat sesuka hati.

"Apapun emak saya okey tak pernah cakap apa. Kakak-kakak saya dulu ada yang cakap, tapi sekarang mereka pun faham cara kerja saya," ujar beliau lagi.

 

Sumber: HMetro