Akhirnya Terjawab, Siti Nurhaliza Dedah Siapa Penyanyi Nombor Dua Negara

Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan seorang penyanyi terkemuka dari Malaysia yang telah meraih kejayaan besar dalam industri muzik. Bakat luar biasanya dan suara emasnya telah mengukuhkan kedudukan beliau sebagai ikon seni suara negara.

 

Digelar sebagai penyanyi nombor satu negara, baru-baru ini Datuk Seri Siti Nurhaliza telah diajukan soalan mengenai siapakah penyanyi nombor dua negara menurut pandangan beliau.

akhirnya terjawab, siti nurhaliza dedah siapa penyanyi nombor dua negara

“Datuk Siti, nak tanya jika Datuk Siti penyanyi nombor satu Malaysia, siapakah penyanyi nombor dua dan nombor 3?”, tanya peminat menerusi video siaran langsung beliau.

 

Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan berseloroh kemudian menjawab,

“Hari tu Datuk Aliff Syukri nombor satu, lepas tu dia dah bagi dekat saya (nombor satu), so dia jadi nombor dua. Boleh?”

 

Dalam pada itu, peminat turut tertarik dengan aksi bersahaja penyanyi itu yang bersin secara tiba-tiba ketika menjawab pertanyaan ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 

Peminat rata-rata mempunyai pendapat mereka tersendiri mengenai soalan siapakah penyanyi nombor dua negara, selepas Datuk Seri Siti Nurhaliza.

 

Sumber: Instagram