Ibu Syamsul Yusof Anggap Ira Kazar 'Isteri Tidak Berdaftar', “Menantu Saya Puteri Sarah..”

Baru-baru ini, tular dakwaan kononnya pengarah sensasi, Syamsul Yusof telah berpisah dengan isteri, Ira Kazar, hinggakan ia menjadi tajuk hangat di media sosial tempatan.

ibu syamsul yusof anggap ira kazar 'isteri tidak berdaftar', “menantu saya puteri sarah..”

Ekoran itu, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail telah diajukan soalan mengenai perkara ini, namun respon beliau adalah berbeza.

 

Ujar Datin Patimah, beliau enggan ambil tahu dan peduli mengenai gosip yang tular itu sambil berkata satu-satunya menantu beliau hanyalah Puteri Sarah Liyana.

ibu syamsul yusof anggap ira kazar 'isteri tidak berdaftar', “menantu saya puteri sarah..”

"Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah.

"Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu 'isteri tidak berdaftar' jadi saya tiada komen," katanya.

 

Dalam pada itu, Datin Patimah enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan dibuat suaminya, Datuk Yusof Haslam berkenaan kenyataan bahawa anak sulungnya itu sudah lama tidak pulang ke rumah berjumpa mereka.

sebagai ibu, saya memaafkan syamsul, tapi..” datin patimah luah rasa kesal

"Betul lah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi.

"Saya tak nak merosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini," katanya lagi.

 

Baca: Setahun Tak Jumpa Syamsul, “Jangan Tunggu Dah Tiada Baru Nak Cari,” – Datuk Yusof Haslam

 

Sumber: Metro