Dalia Farhana OK Je Dengan Ubai, “Golongan Tak 'Move On' Ni Sebenarnya Suka Drama,”

Penyanyi, Dalia Farhana, 25, akui sukar untuk mengelakkan namanya dikaitkan dengan pempengaruh yang juga suami kepada Shila Amzah iaitu Ubai Zulkefli.

dalia farhana ok je dengan ubai, “golongan tak 'move on' ni sebenarnya suka drama,”

Menurut pemilik nama sebenar Tengku Farhana Dalia Tengku Bahar Iskandar ini, dia tidak mampu untuk menutup mulut orang yang sering mengeluarkan kata-kata sebegitu kepadanya.

 

Ia selepas ada segelintir netizen yang masih belum ‘move on’, mengaitkan penyanyi yang popular dengan lagu Langit Yang Sama ini dengan kisah lamanya bersama Ubai.

dalia farhana ok je dengan ubai, “golongan tak 'move on' ni sebenarnya suka drama,”

"Kalau ditanya penat ke tidak, ada satu masa itu penatlah juga bila asyik dikaitkan. Tetapi lepas fasa penat itu, saya jadi macam sudah tak rasa apa. Saya perasan, kalau kita cakap apa pun, jika orang lain nak terjemahkan dengan cara mereka, tetap jua mereka buat begitu.

"Setiap orang ada pandangan masing-masing. Tapi selagi saya rasa dapat berkarya dan kongsi dengan orang, sejujurnya saya okey.

"Maksudnya, okey jika orang nak cakap apa pun, saya tak rimas. Bukan tak penat, tetapi saya pun siapa nak paksa-paksa orang berhenti bercakap," katanya.

 

Tambah Dalia, dia tidak menolak kemungkinan netizen yang mengaitkan kisah lamanya bersama Ubai adalah mereka yang belum ‘move on’.

dalia farhana ok je dengan ubai, “golongan tak 'move on' ni sebenarnya suka drama,”

"Setengah orang bagi saya ada yang dah 'move on'. Namun ada juga yang masih belum. Mungkin golongan yang tak 'move on' ini sebenarnya suka drama.

"Tak mengapalah, saya tahu untuk 'move on' itu memang memerlukan masa. Buat masa sekarang apa yang boleh saya katakan, saya dengan Ubai tak ada masalah.

"Kami dah lama tak bersembang. Tetapi kalau misal kata terjumpa di mana-mana acara hiburan atau sebagainya, saya akan profesional saja," katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Dalia Farhana kini tampil dengan lagu baharu berjudul Akhir Cerita, duet bersama penyanyi hebat, Aziz Harun.

Sumber: HMetro