Daiyan Trisha Kongsi Puisi Pasal Curang, Netizen Petik Nama Aedy Ashraf, “Itu Spekulasi Mereka..”

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi wanita, Daiyan Trisha, 30, telah berkongsi satu puisi berkaitan kecurangan di media sosialnya.

daiyan trisha kongsi puisi pasal curang, netizen petik nama aedy ashraf, “itu spekulasi mereka..”

Ekoran itu, warganet tampil membuat spekulasi masing-masing malah turut memetik nama pelakon lelaki, Aedy Ashraf.

 

Daiyan bagaimanapun tampil menjelaskan puisi itu hanyalah sebahagian daripada kandungan buku Tulisan by Daiyan Trisha yang akan diterbitkan olehnya tidak lama lagi.

 

“Saya rasa, itu mungkin spekulasi mereka.

"Mereka hanya nampak puisi yang saya keluarkan pada waktu itu. Jadi, apa yang saya kongsikan adalah apa yang ada dalam buku itu, kandungan buku itu.

daiyan trisha kongsi puisi pasal curang, netizen petik nama aedy ashraf, “itu spekulasi mereka..”

"Buku Tulisan by Daiyan Trisha ini mengumpulkan tulisan saya sejak 2018 lagi sampailah 2022. Memang saya tekankan mengenai perasaan, hubungan dan kehidupan.

"Jadi, dalam kehidupan saya itu, ada positif dan negatif. Semua yang saya masukkan ke dalam buku itu adalah perasaan dan penceritaan saya serta apa yang saya rasa.

"Saya bukukan sebab dengan cara menulis itulah, saya melepaskan semua yang saya rasa," katanya.

daiyan trisha kongsi puisi pasal curang, netizen petik nama aedy ashraf, “itu spekulasi mereka..”

Daiyan bakal tampil dengan buku yang mengandungi 222 puisi berbahasa Melayu dan Inggeris, menjadi ruang kepadanya untuk meluahkan segala perasaan dan pengalaman untuk dikongsi bersama mereka yang pernah melalui perkara sama.

 

Sumber: HMetro