“Fitnah Itu Lebih Berdosa Dari Membunuh,” Daiyan Trisha Kesal Nama Dipetik Netizen

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha berasa kesal apabila namanya dipetik netizen berhubung dakwaan seorang artis terkenal kini sedang disiasat Bank Negara Malaysia kerana disyaki terbabit dengan kes pengubahan wang haram.

“fitnah itu lebih berdosa dari membunuh,” daiyan trisha kesal nama dipetik netizen

Menerusi aplikasi X, Daiyan mengingatkan netizen mengenai kesan fitnah terhadap seseorang.

 

Malah, Daiyan turut meminta orang ramai agar tidak membuat andaian sendiri jika tidak tahu mengenai kesahihan perkara itu.

 

“Berhati-hatilah dalam berkata kerana mulut badan binasa. Langsung bicara terus menuduh, fitnah itu lebih berdosa daripada membunuh," tulisnya.

“fitnah itu lebih berdosa dari membunuh,” daiyan trisha kesal nama dipetik netizen

Daiyan bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai hantarannya itu, namun ramai yang mengaitkan ia dengan kes yang kononnya melibatkan selebriti terbabit.

 

Rata-rata peminat menerusi ruangan komen memberikan kata-kata semangat dan meminta agar Daiyan mengabaikan komen negatif terhadapnya.

“fitnah itu lebih berdosa dari membunuh,” daiyan trisha kesal nama dipetik netizen

Terdahulu, tular berita mengenai seorang artis terkenal yang disyaki terbabit dalam penggubahan wang haram dan kini disiasat BNM.

 

Sumber: X