“Takkan Saya Balik Umrah, Orang Hanya Lihat Pakaian Saya,” – Daiyan Trisha

Pelakon, Daiyan Trisha menjawab kritikan segelintir pihak yang mempersoalkan tindakannya yang membuka aurat walaupun baru sahaja pulang daripada mengerjakan ibadah umrah.

“takkan saya balik umrah, orang hanya lihat pakaian saya,” – daiyan trisha

Menurut Daiyan, apa yang barangkali dilihat dari luaran oleh orang ramai tidak melambangkan isi hatinya.

 

“Takkanlah saya balik umrah, apa orang lihat hanyalah pakaian saya.

“Proses menutup aurat ini lain-lain bagi setiap individu. Ada yang pakai cabut, pakai cabut. Tak mengapalah, mereka pun mencuba. Siapa kita untuk menghakimi?

“Untuk kaum wanita, kita sangat senang dihukum atas apa yang kita pakai sebab senang bagi manusia begitu. Takkanlah saya balik umrah, apa yang kalian tengok adalah pakaian saya sahaja. Tapi, itu yang paling dilihat dan paling senang untuk mencari salah.

“Kalau hati ini boleh keluar. Maknanya, boleh nampak tompok-tompok hitam, itu pun kalian ‘judge’. Kalaulah boleh nampak.

“Orang tak boleh nampak hati saya. Apa yang mereka nampak adalah luaran saya. Jadi, saya faham apabila khalayak ‘judge’ saya bila tak pakai tudung,” katanya kepada Kosmo! Online.

“takkan saya balik umrah, orang hanya lihat pakaian saya,” – daiyan trisha

Daiyan ditemui selepas baru sahaja pulang ke Malaysia selepas mengerjakan ibadah umrah selama beberapa hari bersama ibu tersayang, Samsiah Mohd Nor.

 

Dalam pada lain, Daiyan turut memasang impian untuk bernikah di Mekah, namun calon suaminya masih belum ditemui.

 

Sumber: Kosmo! Online.