Dituduh Hidup Mewah Sebab Ditaja ‘Sugar Daddy’, Ini Respon Daiyan Trisha

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha terkilan apabila dituduh netizen kononnya kehidupan mewah yang ditunjukkan olehnya selama ini adalah kerana dia ditaja oleh lelaki kaya atau ‘sugar daddy’.

dituduh hidup mewah sebab ditaja ‘sugar daddy’, ini respon daiyan trisha

Menurut pemilik nama sebenar Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, tuduhan itu tidak berasas kerana apa yang dimilikinya ketika usia muda ini adalah hasil daripada kerja kerasnya.

 

“Ada juga sesetengah orang tidak nampak kesusahan sehingga melabel saya ada ‘sugar daddy’.

“Saya agak terkilan kerana sudah penat bekerja tetapi ada pula pihak yang membuat tuduhan berat.

“Perkara tersebut secara tidak langsung melukakan hati saya kerana bagi mereka perempuan berjaya semestinya ada sesuatu benda lain dan bukan dari usaha sendiri,” katanya.

 

Tambah Daiyan, jika ada pun lelaki yang berjaya dan hidup mewah, kenapa lelaki itu tidak pula dikaitkan dengan tajaan sugar mummy?

dituduh hidup mewah sebab ditaja ‘sugar daddy’, ini respon daiyan trisha

Menurut aktres berusia 28 tahun ini, kejayaan yang dikecapi olehnya ketika ini adalah hasil kerja kerasnya selain juga doa dari ibu dan bapa tercinta.

 

“Saya memang tidak tunjuk kesusahan tersebut kerana saya ikhlas bekerja. Doa ibu bapa juga yang mendatangkan hasil sehingga mampu mencapai beberapa impian.

“Peminat pula tidak pernah mempersoalkan perkara sebegitu kerana mengetahui kepayahan saya,” ujarnya.

 

Bagaimanapun Daiyan enggan mengambil peduli tuduhan netizen seperti itu kerana lebih fokus menggembirakan keluarha dan mahu menjadi inspirasi kepada orang ramai untuk terus berusaha demi cita-cita.

 

Terdahulu, Daiyan dilaporkan telah membeli dua unit rumah, iaitu satu kediaman mewah landed dan satu lagi kondominium yang terletak di ibu kota. Disebabkan itu, ada netizen yang mendakwa Daiyan ditaja oleh ‘sugar daddy’ hinggakan mampu membeli harta seperti itu pada usia yang masih muda.

 

Sumber: Kosmo!