Pelakon, Daiyan Trisha telah berjaya mencuri perhatian penonton dengan bakat lakonannya yang luar biasa serta keperibadian yang menarik.
Pemilik nama penuh Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin itu juga aktif di media sosial miliknya, termasuk juga di Tiktok.
Daiyan yang kini berusia 29 tahun, dilihat mencuba satu permainan filter di Tiktok untuk melihat keadaan hatinya.
Selepas sekali percubaan, Daiyan dilihat mendapat jawapan ‘hati berkecai’, menunjukkan perasaannya yang kononnya sedang ‘broken’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan aksi bersahaja Daiyan, malah ada yang cuba berseloroh mahu mengisi kekosongan itu.
Dalam perkembangan lain, Daiyan bakal tampil dalam sebuah filem bergenre seram berjudul Sumpahan Jerunei yang akan menemui penonton di pawagam 27 Julai ini.
Sumber: Tiktok