“Usia 16 Tahun, Saya Nak Warna Rambut Tapi..,” Daiyan Trisha Teruja Bawa Watak Remaja Memberontak

Pelakon, Daiyan Trisha akui teruja membawakan watak Mia dalam drama siri terbaharu Astro Original berjudul Projek: High Council.

“usia 16 tahun, saya nak warna rambut tapi..,” daiyan trisha teruja bawa watak remaja memberontak

Menurut Daiyan, beliau akui watak sebagai seorang gadis remaja yang memberontak adalah watak impiannya sejak dari zaman sekolah lagi.

“usia 16 tahun, saya nak warna rambut tapi..,” daiyan trisha teruja bawa watak remaja memberontak

“Watak Mia ini seorang yang memberontak dan dia sangat berbeza dengan daripada diri saya. Dan saya tak pernah tunjuk watak itu ataupun sisi saya tersebut.

“Sebenarnya ketika usia 16 tahun, saya memang nak jadi macam tu. Kita kan ada sisi nak memberontak itu kan. Nak warnakan rambut la, nak bertindik la tapi tak boleh.

“Sebab masih bersekolah dan mak pun tak bagi. Jadi bila dapat watak ni, saya macam dapat keluarkan impian remaja saya yang nak jadi macam tu tapi tak kena marah,” katanya.

“usia 16 tahun, saya nak warna rambut tapi..,” daiyan trisha teruja bawa watak remaja memberontak

Bagi menghidupkan watak sebagai Mia, Daiyan berkata beliau sanggup menempak khas rambut palsu berwarna merah jambu kerana beliau masih memerlukan rambut asal berwarna hitam untuk kerja-kerja lain.

 

High Council turut membariskan para pelakon baharu yang berbakat iaitu Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin dan Hazeeq Dean.

Projek: High Council boleh distrim di Astro On Demand atau Astro GO bermula 14 Januari atau menerusi Astro Citra saluran 108 bermula 23 Januari, setiap Sabtu, jam 9.00 malam.

 

Sumber: Astro Gempak