‘Saya Tiada Niat Tumpang Populariti Aedy’

Bintang muda popular, Daiyan Trisha menegaskan dirinya tidak pernah mempunyai niat untuk menumpang populariti Aedy Ashraf yang sering dikaitkan bersamanya sejak baru-baru ini.

‘saya tiada niat tumpang populariti aedy’

Menurut Daiyan, Aedy merupakan seorang yang mesra dan tidak banyak karenah.

Hubungan mereka bagaimanapun hanya sekadar kawan dan bukan pasangan kekasih seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya sudah lama mengenali Aedy beberapa tahun yang lalu tapi sekadar kawan sahaja.

“Saya juga tiada niat untuk mengambil kesempatan kononnya ingin menumpang populariti Aedy dengan bergambar bersama-sama.

“Saya juga sibuk dengan kerja, pelbagai tugas saya lakukan termasuklah dengan kerja-kerja promosi di laman sosial terutama Instagram,” katanya yang baru-baru ini tercalon dalam Anugerah Industri Muzik 23 (AIM 23) menerusi kategori Lagu Pop Terbaik.

 

Sumber: Astro AWANI