Vaksin COVID-19: Ready? Get Set, Go!

Dah sedia mendaftar untuk dapatkan suntikan vaksin COVID-19? 

vaksin covid-19: ready? get set, go!

Kerajaan lagilah dah bersedia. Tinggal nak mulakan enjin je. Ecceewah! 

 

Cakap pasal sedia, Perdana Menteri dahpun melancarkan Buku Panduan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. 

vaksin covid-19: ready? get set, go!

Segala macam panduan dan perkara yang korang nak tahu dan perlu tahu ada dalam buku tu. 

 

Ni termasuklah jenis vaksin yang telah dibeli oleh Malaysia, cara mendaftar untuk terima suntikan dan bagaimana imunisasi akan dilakukan. Boleh baca dan muat turun kat laman web ‘vaksincovid.gov.my’.  

 

Seperti dijangka jugak, jika takde aral Tan Sri Muhyiddin Yassin akan jadi individu pertama disuntik vaksin COVID-19 di negara ni. 

 

Turut serta bersama beliau menerima suntikan pada 26 Februari nanti adalah para petugas barisan hadapan. 

 

Semoga semuanya berjalan lancar dan Allah permudahkan urusan Malaysia. 



Oleh: KJ