Makin Hampir, 88 Peratus Dewasa Di Malaysia Dah Lengkap Di Vaksin!

Malaysia kini semakin hampir mencapai kadar vaksinasi populasi dewasa sebanyak 90 peratus!

 

Setakat 4 Oktober 2021, sebanyak 20.6 juta atau 88 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

makin hampir, 88 peratus dewasa di malaysia dah lengkap di vaksin!

Merujuk kepada data yang ditunjukkan dalam portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 94.4 peratus atau 22.09 juta daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos imunisasi tersebut.

 

Bagi populasi keseluruhan, 63.4 peratus atau 20.71 juta telah lengkap menerima suntikan vaksin, manakala 73.3 peratus (23.96 juta daripada populasi keseluruhan) telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

makin hampir, 88 peratus dewasa di malaysia dah lengkap di vaksin!

Selain itu, 3.6 peratus atau 114,124 juta daripada populasi remaja di negara ini juga lengkap menerima dos suntikan vaksin COVID-19.

makin hampir, 88 peratus dewasa di malaysia dah lengkap di vaksin!

Kejayaan dalam menyampaikan vaksinasi kepada rakyat Malaysia ini juga didorong oleh Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang telah dilancarkan pada 24 Februari lalu, bagi membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini.

 

Sumber: [1]