Awas, Letak Ampaian Pada Petak Parking Boleh Kena Denda Dan Penjara!

Pernahkah anda melihat objek seperti pasu, kerusi mahupun ampaian diletakkan pada petak parkir, bertujuan untuk jaga ruangan parkir itu daripada dimasuki kenderaan lain?

awas, letak ampaian pada petak parking boleh kena denda dan penjara!

Jika ya, tahukah anda tindakan itu adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan denda serta hukuman penjara?

awas, letak ampaian pada petak parking boleh kena denda dan penjara!

Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), tindakan meletakkan halangan pada mana-mana petak dan kawasan parkir awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan,” memetik perkongsian JPJ.

awas, letak ampaian pada petak parking boleh kena denda dan penjara!

Jika didapati bersalah, penalti tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan bagi kesalahan pertama akan dijatuhkan dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

 

 

Sumber: JPJ Malaysia