Jika anda pernah mendengarkan siri podcast “Confession Bilik Gelap” menerusi aplikasi SYOK, pasti anda teruja menantikan musim kedua siri ini.
Bersama hos Sudirman Tahir (Sudir), iaitu seorang wartawan berpengalaman akan membawa pendengar merungkai kisah inspirasi, tragis dan tawa daripada rakyat Malaysia.
Sudir, wartawan berpengalaman luas dalam bidang penulisan, membawa pendengar ‘Confession Bilik Gelap’ menyusuri kisah-kisah benar yang diceritakan secara telus dan jujur daripada barisan selebriti tempatan, pemilik perniagaan dan rakyat Malaysia dari pelbagai lagi latar belakang, dengan tujuan untuk berkongsi pengalaman dan memberi panduan.
Para peminat boleh strim dan menantikan episod-episod baharu musim kedua ‘Confession Bilik Gelap’ termasuk:
Episod 1: Alia Najihah Alias, pereka fesyen tempatan bersama kisah hidupnya membangunkan perniagaan butik di usia muda.
Episod 2: Diraf Dias, kerjaya sebagai pustakawan tidak menghalangnya untuk menunjukkan minat dan menghargai dalam dunia hiburan tempatan.
Episod 3: Isha Norsham, personaliti radio ERA dan pengacara TV, menceritakan kisah jujur tentang dirinya yang tidak diketahui ramai sebelum ini.
(Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 Feb, 10 pagi.)
Nantikan episod-episod baharu siri SYOK podcast ini yang akan disediakan pada setiap Khamis, bermula jam 10 pagi menerusi aplikasi dan di laman rasmi SYOK. Para peminat boleh menantikan episod selanjutnya pada minggu-minggu seterusnya.