"Kalau Suami Curang, Saya Tumbuk Muka Dia, Bukan Tarik Tudung Perempuan Tu,” – Che Ta

Sejak akhir-akhir ini, isu masalah rumah tangga khasnya melibatkan pasangan selebriti tanah air sering menjadi topik hangat di media tempatan.

 

Ekoran itu, pelakon Rozita Che Wan, 50, memberi pendapatnya tersendiri sambil mengambil contoh cara dan tindakan Mizz Nina bersama bekas suami, Noh Salleh yang menyelesaikan masalah dengan cara sangat baik.

kalau suami curang, saya tumbuk muka dia, bukan tarik tudung perempuan tu,” – che ta

Katanya, pasangan yang berhadapan dengan masalah rumah tangga tidak perlu membuka aib pasangan masing-masing di media sosial, sebaliknya perlu diselesaikan dengan segera dengan cara baik.

 

Beliau yang mesra dengan panggilan Che Ta menambah lagi, jangan hanya meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada ‘orang ketiga’ atau ‘penyondol’, tetapi perlu juga salahkan suami jika timbul isu kemelut rumah tangga seperti itu.

 

"Malah, golongan isteri yang berhadapan masalah suami curang, jangan hanya meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada 'orang ketiga' atau 'penyondol' itu saja, tetapi salahkan juga suami.

"Hubungan sulit tidak akan terjadi sekiranya kedua-dua pihak tidak memainkan peranan. Saya sebenarnya tak suka apabila lelaki yang ada hubungan dengan wanita lain, tapi isteri hanya salahkan wanita itu saja," katanya.

 

Ujar Che Ta, sekiranya suaminya Zain Saidin terbabit dengan isu seperti ini, beliau akan meminta penerangan dari suaminya terlebih dahulu.

kalau suami curang, saya tumbuk muka dia, bukan tarik tudung perempuan tu,” – che ta

"Kalau suami saya ada hubungan, saya tumbuk muka dia, bukannya tarik tudung perempuan itu. Sebabnya, suami pun gatal juga dan ia takkan 'menjadi' jika kedua-duanya tidak sama naik.

"Jadi, kalau suami saya diganggu, saya akan marah Zain dulu dan bukan naik hantu dengan perempuan itu. Sebabnya, suami pun tidaklah baik sangat. Jadi, kenapa saya perlu marah kepada wanita itu seorang?" katanya lagi.

 

Tambah Che Ta, beliau berharap agar mana-mana individu yang berdepan dengan masalah rumah tangga untuk berfikir panjang sebelum meluahkan segala perkara serta hal sensitif pasangan masing-masing di media sosial.

 

Sumber: HMetro