Che Ta Sambut Birthday Ke-50 Dalam Tema Emas, “Old Is Gold..”

Pelakon, Rozita Che Wan telah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-50 pada Khamis dengan bertemakan rona emas.

che ta sambut birthday ke-50 dalam tema emas, “old is gold..”

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama sebenar Rozita binti Abu Bakar menyambut hari kelahiran pada 9 Mac. Che Ta dilahirkan pada 1973 dan kini usianya mencecah 5 dekad pada tahun ini.

che ta sambut birthday ke-50 dalam tema emas, “old is gold..”

Meskipun telah mencecah angka 50 tahun, Che Ta dilihat tampil anggun dan jelita dalam setiap acara dihadiri olehnya. Malah, Che Ta turut menulis kapsyen ‘Old is gold’, merujuk kepada usianya ketika ini.

 

Ruang komen Che Ta turut dipenuhi dengan ucapan selamat ulang tahun dari rakan artis dan juga para peminatnya. Rata-rata komen turut memuji penampilan Che ta yang kelihatan awet muda.

che ta sambut birthday ke-50 dalam tema emas, “old is gold..”

Selamat ulang tahun kelahiran, Che Ta!

 

Sumber: Instagram Rozita Che Wan