Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, sentiasa kelihatan ramping dan jelita meskipun pada usianya kini 50 tahun.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata itu bagaimanapun tidak lokek berkongsi rahsia penjagaan dalaman apatah lagi luarannya.
Baru-baru ini, Che Ta dilihat hadir ke sebuah majlis kenduri, sambil berpimpin tangan dengan suami tercinta, Zain Saidin.
Che Ta yang kelihatan persis model, dilihat menggayakan busana bertemakan couture.
Menerusi video Tiktok itu, Che Ta mengakui hanya sekadar makan sedikit semasa hadir ke majlis kenduri, dan bukannya makan berlebih-lebihan.
“Pergi kenduri tak boleh makan sampai sekawah, nanti ‘alignment’ lari.
“Penat jaga badan, nak maintain 36 23 38 (saiz ukur lilit tubuh) sampai usia 50 tahun bukan senang cik oi,” katanya dalam video tersebut.
Sumber: Tiktok Che Ta